Bicara Permata

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman, Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. .Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..

-Kata-kata pujangga-
bloguez.com

Jumaat, Oktober 30, 2009

Antara tanda rezeki tidak berkat

ISLAM memang menggalakkan umatnya memiliki harta yang banyak untuk menjamin anggota keluarga dan keturunannya agar sentiasa hidup senang bahagia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."

Namun, rezeki yang dimiliki perlu diperoleh daripada sumber halal, sejajar dengan maksud firman Allah: "Makanlah kamu daripada rezeki yang halal dan bersih." – (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Sehubungan itu, Islam melarang umatnya mencari rezeki dan memperoleh harta daripada sumber haram, seperti rasuah, mencuri, menipu, menganiaya dan melakukan kerja haram.

Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:
 

1.Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

2. Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

3. Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tidak mementingkan ibadah.

4. Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

5. Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

6. Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas.

KARAKTER SEORANG WANITA ISLAM


Semalam keluar pegi kedai buku..Diari Mukminah dah kuar...Apalagi..saye pon belilaa..memang peminat diari muslimah nii....suke sebab isi dalamnye, bukan setakat sebuah diari,tapi isi kandungannye banyak mengajak kite muhasabah diri everytime kite menulis diari..kat sini saye nak kongsikan beberape karakter wanita islam seperti yg tercatat dlm diari tu..marilaa same2 kite check..nway, kalo nak dptkan diari ni, korang sume bole dapatkan kat mane2 kedai buku dgn harga RM10.90..Berikut adalah 10 karakter seorang wanita Islam:


1. Salimul Aqidah- Bersih akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.


2. Sahihul Ibadah- Benar ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang menyesatkannya.


3. Matinul Khuluq- Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil-Alamin)


4. Qawiyul Jismi- Kuat Fiziknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.


5.Musaqaful Fikri- Luas wawasan  pemikirannya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.


6. Qadirun a'lal Kasbi- Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung  kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.


7. Mujahidun Linafsihi- Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.


8. Harisun 'ala waqtihi- Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu demi untuk melakukan kebaikan walaupun sedetik. Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.


9. Munazham Fi Syu'unihi- Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.


10. Nafi'un Li Ghairihi- bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannyaseorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi sebuah kebahagiaan orang lain dan ketiadaannya akan menjadi kerinduan pada orang lain.


Mudah-mudahan dengan 10 karakter di atas akan menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dalam kehidupan kita. Ameen.. JOM MUHASABAH DIRI SETIAP HARI...  

Khamis, Oktober 29, 2009

Kisah 7 Perkara Ganjil

Hari ni ade mase nak bukak inbox...punyelaa sibuk sgt sampai inbox mencecah 1689 unread msj...dah bosan mendelete msj2 yg tak penting, saje2 la bukak emel dr seorg hamba Allah bertarikh 28/1/2004..msj lame baru nak bace..ish..ish..nway, emel tu pasal citer Tujuh Perkara Ganjil.

Citernye camni..(dah di-edit skit2)
Ade seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Korang nak tau ape dia....

1. Aku terlihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Jawab tok guru tu...Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain

3. Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4.Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.

5. Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya, sambung pemuda itu. Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6.Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Banyak pengajaran daripada kisah ni..JOM MUHASABAH DIRI SETIAP HARI!

Rabu, Oktober 28, 2009

Langkah Pertama Sedang Bermula....


Assalamualaikum.....

Ketika blog pertama ini ditulis, saye baru je tidurkan anak2 dan dodoikan suami...
Malam2 baru dapat study pasal dunia internet ni.. walaupun kerja sebagai doktor dah tentu masyuk duit tiap2 bulan, tapi tulaa..sebagai insan yg lemah dan dhaif ni, kadang2 terpk gak..

didalam kesibukan merawat insan lain di hospital, anak2 dan suami kat rumah tak terlayan...
balik keje memang penat gile..blum lagi bile kene oncall 36 jam..dari 6pagi hari ni sampai 8 mlm esok harinye, baru boleh balik tgk anak..kesian anak2 aku..kesian suami aku...

everynite, mase tidokan anak2, aku selalu terpk, adekah aku bole jadi ibu yg baik? adekah anak2 aku dapat aku didik jadi org yg berakhlak mulia?

lepas tidokan anak, usap2 kepala suami plak...bermonolog lagi dlm hati...adekah aku bole jd isteri yg solehah?jage batas pergaulan bile bekerja kat luar sane...yela..kekadg tu, MA ngorat, patient ngorat..nampak doktor baru je,sume ingat blum kawin,fresh grads...fuuuu..cobaan..kate bujang lapuk..terpk lagi..larat tak aku melayan kehendak suami kalo balik keje asyik penat memanjang..
keje plak 7 hari seminggu..dan yg paling buruk sekali, kekadang tu timbul plak pikiran negatif..takut laki carik lain..woiii..nauzubillah..simpang malaikat 44..

tapi tulaa namenye pengorbanan...walaupun aku tak pandai bermain senjate,..tak pandai menunggang kuda untuk syahid di medan perjuangan..tak ade ilmu seni mempertahankan diri..
aku Redha dgn segala yg Dia beri..

Dan dengan Redha itu, aku cube utk berdiri dgn kekuatan yg ade..menambahkan ilmu didada.. menambahkan iman di dalam hati..utk meneruskan perjuangan hidup sebagai SRIKANDI MUSLIMAH ALAF INI..

Cita2ku..bukan saje utk jadi jutawan dunia,tapi juge jutawan akhirat...memegang kukuh gelaran Ketua Bidadari Syurga..untuk seorang lelaki bernama suami...

## Alhamdulillah, berkat keizinan suami tercinta, dapat gak aku menghadiri workshop Irfan Khairi pade 24/10/09 yg lepas..Kini bermulalaa langkah pertamaku utk memahirkan diri dlm bidang peng"INTERNET"an ni...hehehe...##

BERKORBAN APA SAJA...
Related Posts with Thumbnails