Bicara Permata

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman, Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. .Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..

-Kata-kata pujangga-
bloguez.com

Rabu, Disember 30, 2009

Dari Forum WangCyber

Hari ni blaja masuk forum WangCyber...terbace post dr seorang usahawan internet yg dah dikenali dlm persada internet ni..saudara Zul(smartusaha)..saye memang meminati artikel2 yg beliau tulis mengenai ilmu internet marketing..dari itu, saye ingin mengabadikan satu artikel yg cukup berguna bagi para newbie mcm saye ni, yang saye copy dr forum WC tersebut...

Membina Blog Tanpa Kajian 'Niche'

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.

Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.

Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.

Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.

Bagaimana Cara Melakukannya?

Langkah asasnya adalah seperti berikut:

1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.

2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.

Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.

Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.

3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.

4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).

5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.

6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah:

* Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
* Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
* Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
* Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
* Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
* Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
* dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini..

Case Study:

1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun.

Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.

2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.

Kesimpulan:
Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.

Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya.

Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.

Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.

————————
Mengenai Penulis: Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang usahawan internet yang telah menggunakan blog sejak tahun 2005 lagi untuk pemasaran perniagaan internetnya. Bidang fokus beliau yang utama adalah teknikal blog Wordpress yang mana beliau telah membantu ramai individu membina blog dot com mereka sendiri dalam masa yang amat singkat.

*Anda boleh meletak dan menggunakan artikel ini di blog anda atau di mana sahaja dengan syarat menyertakan sekali bahagian Info Penulis ini. Hakcipta Adalah Terpelihara.

Kenapa Emas Sekarang Sangat Over-Valued & Over-Rated

Kenapa Emas Sekarang Sangat Over-Valued & Over-Rated

Rabu, Disember 23, 2009

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.

6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur).

11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.

Selasa, Disember 22, 2009

Kitakah orang itu...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Pengertian bulan Islam

1. Muharram ertinya yang 'diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya.


2. Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.


3. Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.


4. Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.

5. Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumut, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.

6. Jamadilakhir ertinya 'penghabisan' atau 'kering' yang penghabisan'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

7. Rejab ertinya 'mulia'. Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini dengan cara iaitu,
i) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
ii) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam supaya dapat beribadat dengan sepuas-puasnya.
iii) Tanggal 10 Rejab mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
iv) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan ini juga telah dibatalkan.

8. Syaaban ertinya 'berserak-serak'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sebagainya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

9. Ramadan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'. Cuaca dalam bulan ini di Jazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur. Sabda Rasulullah, 'Bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang lalu'.

10. Syawal ertinya 'naik'. Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta lalu dipukulnya belakang unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan lain tidaklah berlaku sedemikian.

11. Zulkaedah ertinya 'yang empunya duduk'. Dalam bulan ini semua orang lelaki akan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir atau mengembara.

12. Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'. Dalam bulan ini semua umat manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermula dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

Ihsan daripada radio televisyen brunei..

Visit us at http://www.rtb.gov.bn

PANAS BERTEDUH GELAP BERSULUH



Panas Berteduh Gelap Bersuluh-Siti Nurhaliza.mp3

Mari kita same-same hayati lirik lagu ni...


PANAS BERTEDUH GELAP BERSULUH
(Khir Rahman/Siti Nurhaliza)

Berdayung sampan biar sampai ke muara
Mengatur langkah jangan sampai kaki terluka
Menabur budi biar ikhlas di jiwa
Mengukir janji janganlah di bibir saja

Ingat adat resam tutur kata tingkah dijaga
Warisan ibunda kekal lama segar berbunga
Menjadi bekal anak muda dirantauan
Menjadi tangkal ukur nilai peradaban

(1)
Tanya pada diri Mana letak budi
Tanya pada akal Apa yang dibekal
Tanya pada hati Sudahkah terisi
Ingat pada janji Jangan dimungkiri

Dihujani emas bertahun di negeri orang
Tidakkan seperti hujan batu di halaman
Sopan bersantun indah pekerti jua dijulang
Adat yang disanjung kekalnya zaman berzaman

Bumi yang dipijak
Bak hamparan luas terbentang
Langit dijunjungi
Meneduhi alam tak bertepi

Jatuh dipauti tika jalan dipimpini
Melukis pekerti menghias susila diri
Panas berteduh gelapnya kan bersuluh
Kasih sayang... dari insan... pada insan

Berputik...bahasa
Mulia pada semua
Terpaut...terpatri
Tersemat di sanubari (2X)
Itulah hiasan diri

Ulang (1)

Berbudi...bahasa
Mulia pada semua
Terpaut...terpatri
Tersemat di sanubari (2X)
Itulah hiasan diri

Isnin, Disember 21, 2009

saje try test...

 masih lagi dalam proses belajar masukkan html code hasil drpd masuk blog2 orang...dan inilah hasilnya...



click to create your own

Isnin, Disember 07, 2009

Tips untuk menjadi orang yang cemerlang

Sibuk betul kali ni...susah nak maintain tulis blog...nak share ngan semua..terbace pasal tip2 menjadi orang cemerlang daripada Dato Dr Fadzilah Kamsah..Mari same2 muhasabah diri...

Tatacara tidur, makan & minum

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri


1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA    : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA  : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA      : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah2an ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati.......

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu dari kelemahan diri saya. Sampaikanlah walau satu ayat... Wassalam.
Related Posts with Thumbnails