Bicara Permata

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman, Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. .Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..

-Kata-kata pujangga-
bloguez.com

Selasa, Disember 22, 2009

Pengertian bulan Islam

1. Muharram ertinya yang 'diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya.


2. Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.


3. Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.


4. Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.

5. Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumut, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.

6. Jamadilakhir ertinya 'penghabisan' atau 'kering' yang penghabisan'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

7. Rejab ertinya 'mulia'. Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini dengan cara iaitu,
i) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
ii) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam supaya dapat beribadat dengan sepuas-puasnya.
iii) Tanggal 10 Rejab mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
iv) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan ini juga telah dibatalkan.

8. Syaaban ertinya 'berserak-serak'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sebagainya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

9. Ramadan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'. Cuaca dalam bulan ini di Jazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur. Sabda Rasulullah, 'Bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang lalu'.

10. Syawal ertinya 'naik'. Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta lalu dipukulnya belakang unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan lain tidaklah berlaku sedemikian.

11. Zulkaedah ertinya 'yang empunya duduk'. Dalam bulan ini semua orang lelaki akan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir atau mengembara.

12. Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'. Dalam bulan ini semua umat manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermula dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

Ihsan daripada radio televisyen brunei..

Visit us at http://www.rtb.gov.bn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails